Pages

05/11/11

82% Pasangan Lebih Mementingkan Kawan-Kawan Daripada Kekasih Sendiri

Sebelum ini kami ada membuat satu soal selidik kepada peminat-peminat di Facebook Tentang Cinta. Soal selidik ini adalah bagi mengetahui siapakah yang lebih penting dalam hidup mereka jika mereka diminta untuk buat pilihan samada kawan-kawan ataupun kekasih.


Seramai 852 orang yang telah menjawab soalan tersebut (dan masih ada lagi yang sedang menjawab soalan itu). Keputusan yang kami terima adalah seperti yang telah kami jangkakan.



Seramai 82% pasangan menjawab mereka lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih mereka sendiri. Dan selebihnya, 18% yang lain lebih mementingkan kekasih daripada kawan-kawan mereka.
Daripada analisa kami, ianya mungkin disebabkan kita lebih mudah untuk berbincang dan berkongsikan cerita dengan kawan-kawan kita. Lagi-lagi apabila kawan itu seusia dengan kita, yang lebih memahami perasaan dan situasi yang kita sedang alami.
Berbeza dengan kekasih, di mana sesetengah perkara itu kita tidak dapat berkongsi dengan mereka. Lagi-lagi apabila perkara itu sensitif dan boleh membuatkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, dengan kekasih kita akan lebih menjaga sikap dan tingkah laku, membuatkan kita kurang open apabila bersama dengan mereka.

Apa pendapat anda?

0 komentar:

Poskan Komentar

Blog Ini Sudah Do Follow. Jadi Anda Dapat Komentar Sepuasnya.

Hal-Hal Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Berkomentar :
1. Berkata Jorok.
2. Berkata yang mengandung/berbau porno.
3. Jangan Tidur sambil komentar.

--->JADI SILAHKAN TINGGALKAN KOMENTAR<---